Tuesday, April 29, 2008

Ada Apa Dengan Cinta??

CINTA tidak pernah meminta,ia sentiasa memberi,

CINTA membawa penderitaan,
tetapi tidak pernah berdendam,tak pernah membalas dendam.Dimana ada CINTA di situ adakehidupan.Manakala kebencian membawa kepada kemanusiaan..

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan,dua tangan untuk memegang,dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.Tetapi mengapa tuhan hanya menganugerahkan sekeping hatu pada kita???kerana tuhan telah memberi sekeping lagi hati pada seseoramg untuk kitaa mencarinya itulah namanya CINTA..

Ada dua titis air mata mengalir di sebuah sungai .Satu titis air mata tu menyapa air mata yang satu lagi”.Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya.Siapa kamu pula?”.Jawab titis air mata kedua tu”.Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja”…

CINTA sejati adalah ketika dia mencintai orang lain,dan kamu masih mampu tersenyum sambil berkata : aku turut bahagia untukmu…

Jika kita mencintai seseorang,kita akan sentiasa mendoakannya walaupon dia tidak berada di sisi kita…

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mencuba.Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya..

Perasaan CINTA itu dimulai dari mata,sedangkan rasa suka dimulai dari telinga.Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang,cukup dengan menutup telinga.Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai,CINTA itu berubah menjadi titisan air mat dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama..

CINTA datang kapada orang yang masih mempunyai harapan walaupon mereka telah di kecewakan.Kepada mereka yang masih percaya,walaupon mereka telah dikhianati.Kepada mereka yang masih ingin cintai,walaupon mereka telah disakiti sebelumnya dan kekada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkankembali keepercayaan..

Jangan sinpan kata-kata CINTA pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia,lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata CINTA itu pada pusaranya sebaliknya ucapkan kata-kata CINTA yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya…

Mungkintuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemudengan orang yang tepat,kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu..

Jangan melarikan diri dari CINTA apabila ia berada di hadapan kamu.Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu haru nanti,kamu pasti akan teringatnya dan menyesali perbuatan kamu itu..

CINTA bukan mengajar kita lemah,tetapi membangkitkan kekuatan,CINTA bukan mengajar kita menghina diri,tetapi menghembuskan kegagahan.CINTA bukan melemahkan semangat ,tetapi membangkitkan semangat…

CINTA dapat mengubah pahit menjadi manis,debu beralih emas,keruh menjadi bening.sakit menjadi sembuh,penjara menjadi telaga,derita menjadi nikmat,dan kemarahan menjadi rahmat….

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu,tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cinya kepadanya…

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis,ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah.Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala terasa bias duri mawar itu menusuk jari…

2 comments:

~eira~ said...

g sambung study dulu baru pk cinta k!

:)

Mya said...

ek...elaeh..